RUDY - New Material




Hello!

Rudy akan menyiapkan vokal untuk lagunya yang bertajuk "Setia". 

Al Kisah

Pada 15 August Rudy "Whatsapp" aku minta bantuan rakam akustik simple-simple je lagu "Setia" ni. Katanya sempena hari inovasi DBP tujuan persembahan lagu puisi. Lagu ni dah lama dia bagi kat aku tapi masa tu dia tak push ape-ape pon, kira nak show off lagu baru ciptaan dia. Aku pulak takde masa sangat nak dengar lagu dia ni sehinggalah 15 August ari tu aku dengar. 

Akustik jer! katanya, tapi aku bila dah menghadap benda ni memang aku cuba apa yang aku mampu dan akhirnya jadi lah seperti link soundcloud di bawah. Sila la dengar sebelum masuk vokal sebenar dari Rudy. Akan aku update status progress dia nanti bila dia ke Studio nanti. 

Macam biasa Rudy akan minta aku nyanyikan lagu dia sebab dia nak guna pakai melodi vokal yang aku lontarkan. Kira dia akan improvise lagi melodi-melodi ni mengikut kemampuan vokal dia nanti.

Ada history dia sebalik lirik-lirik dan bait lagu dia ni. Tunggu yea bila dah siap nanti.



Post a Comment

Previous Post Next Post