KUZU - New Material

 


Hello October!

Sekarang ni aku sedang menunggu tarikh sesuai untuk rakaman vokal KUZU pada Oktober ini. Dua buah lagu sekali jalan jika dia mampu melakukannya. Studio pilihan aku kali ini ialah Hotsound Studio @ Wangsamaju. 

Al Kisah - 2 Lagu

Tajuk : Jangan & Andai Kau Juga Begitu

Lagu ni asalnya di buat untuk Andy selepas tamat audition untuk projek "Pautan Tanpa Rela" yang dikelola oleh Ferra dari MySC. Atas bantuan dia aku jumpa 3 talent yang mempunyai karakter, style vokal mereka sendiri. 

Walaupun aku pilih Kuzu sebagai penyanyi lagu "Pautan Tanpa Rela" ni namun aku terniat nak bikin lagu untuk Andy juga sebab aku rasa dia pon ada style nyanyian sendiri yang aku rasa boleh di ketengahkan lagi. Jadi lepas selang 2 minggu aku ON projek "Pautan Tanpa Rela" ni aku start bikin lagu untuk Andy. Aku siapkan Intro, Verse, Chorus, Lirik serta Melodi vokal. 

Siap je 1st draft aku ajak Andy dan Ferra ke rumah untuk Pre Pro di mana Andy ada juga contribute lirik untuk lagu ni. Selepas siap aku berhempas pulas menyiapkan full arrangement lagu ni. Masa ni juga sebenarnya Andy sudah mula menulis lagu ciptaan dia sendiri dan akhirnya dia telah membuat keputusan untuk mengeluarkan single dia sendiri dengan Label Rakaman lain. Sempat juga aku bertanya pada Andy pasal lagu ni untuk menjadi single ke 2 dia namun dia info aku dia dah sign dan tak boleh nak teruskan projek lagu "Jangan" ni. Jadi aku pon perap la lagu ni kat storage aku. 

Entah berapa lama selepas single ke 2 Kuzu "Irama dan Lagu" aku terfikir nak guna pakai lagu "Jangan" ni pada Kuzu. Jadi aku pon cuba ubah konsep lagu/piano works lagu ni dan cuba sesuaikan dengan vokal Kuzu. Jadi aku buat keputusan alang-alang nak rakam vokal Kuzu baik aku selit sekali lagu lama ciptaan aku dan Firdaus tajuk "Andai Kau Juga Begitu" nyanyian oleh Kaider Yusof yang lama dulu aku bikin sendiri. Aku cuba re produce balik lagu ni sebab Kaider Yusof dah tak boleh perform kerana atas faktor kesihatan berkaitan injap jantungnya. 

Semoga laluan untuk menyiapkan lagu-lagu ini akan berjalan dengan lancar. Aku juga cuba nak mencari team yang boleh buatkan video clip bajet dan simple dalam studio or mana-mana scene kat Putrajaya tu bagi menambah kekuatan karya ini untuk di persembahkan nanti. Jika ada yang nak sponsor pon baek sangat tu....Hahaha! Boleh email aku price korang kat zulz.mix@gmail.com

Buat masa ni aku cuma target siapkan vokal dan selepas tu aku baru nak fikirkan instument lain yang akan mengiringi lagu ni nanti. Boleh la kiranya kawan-kawan komen dan sertakan pendapat berkenaan instrumen tambahan yang sesuai untuk lagu ini. Aku sertakan link Soundcloud 2 buah lagu dalam 1 link durasi 1 minit je. 

Kita tengok nanti bila vokal dari KUZU pulak yea! 

Adios!



Post a Comment

Previous Post Next Post